Dakwah Islamiyyah ♥
Problems ?
Saturday 23 November 2013 • 09:49 • 0 comments
Assalamualaikum , semua ! Jawab jgn tak jawab , hehe ..


Benarkah makan katak boleh membantu kita menyelesaikan banyak tugas?

Sebagai manusia biasa yang hidup di zaman serba sibuk ini, kita sudah pasti berhadapan dengan konflik terlalu banyak tugas dan hanya mempunyai terlalu sedikit masa.

Bila kita cuba menyelesaikan sesuatu tugas itu, tugas lain pula datang bertimpa-timpa ke atas kita. Seterusnya kita akan pasti sentiasa terkebelakang dan terkejar-kejar untuk menyiapkan semua tugasan-tugasan tadi.


Pernah anda merasai situasi sebegini?


Ada satu kaedah untuk menyelesaikan banyak tugas dan meningkatkan produktiviti kita dalam satu-satu masa. Yang penting adalah kita mesti bijak.

Rahsianya adalah, makan katak!


Jangan panik. Bukan betul-betul pun kena makan katak. Hehe ^^

Katak disini adalah sebagai simbolik kepada tugas yang terbesar dan paling penting.

Namun biasanya tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita langsung tidak teruja untuk menyelesaikannya. Sebab tentunya tugas itu adalah sukar dan kita serabut memikirkan tugasan lain juga.

Oleh itu tips 'makan katak' ini akan sedikit sebanyak akan membantu kita menyelesaikan banyak tugas dengan lebih efektif dan praktikal.

Oh dari mana saya mendapat tips makan katak ini? Tips ini saya perolehi dari buku Eat That Frog oleh Brian Tracy. Semoga bermanfaat =)

# Peraturan pertama memakan katak

Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu

Sekiranya kita mempunyai dua tugasan yang penting, mulakan dengan tugas yang terbesar, paling susah, dan terpenting dahulu.

Disiplinkan diri kita supaya memulakan tugas serta merta dan bersungguh-sungguh melakukannya sehingga tugas itu berjaya diselesaikan.

Jangan lakukan tugas yang lain selagi tugas yang paling penting itu belum selesai.

Fikirkan perkara ini sebagai ujian dan anggapnya sebagai satu cabaran peribadi. Lawan godaan perasaan yang mahu kita mulakan tugas yang paling mudah terlebih dahulu.

Selalu ingatkan diri kita, antara keputusan yang terpenting yang perlu dibuat pada setiap hari adalah memilih tugas yang perlu dilakukan dengan serta-merta dan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

# Peraturan kedua memakan katak

Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidup-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama.

Kunci bagi mencapai prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi adalah menyelesaikan tugas yang paling terpenting pada setiap pagi. Amalan ini perlu diteruskan sepanjang hayat kita.

Jadikan makan katak sebagai rutin harian sebelum kita melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk makan katak dan jangan bertangguh untuk melakukan tugas yang penting.

Tabiat Kejayaan Menyelesaikan Banyak Tugas

Kejayaan dalam kehidupan biasanya akan ditentukan oleh tabiat yang kita bina dari masa ke semasa. Tabiat memulakan tugas yang paling penting dapat memberi kita ganjaran yang serta-merta secara berterusan.

Setiap kali kita dapat menyelesaikan sesuatu tugas, tidak kira apa jua bentuk ataupun kepentingannya, kita akan dapat merasakan aliran tenaga, semangat dan keyakinan yang membuak-buak didalam diri kita.

Oleh itu jangan bertangguh lagi menyelesaikan tugas dan makan katak-katak itu!
Jangan lupa untuk tinggalkan komen pada ruangan dibawah. Syukran =)

Credit : Muhammad Naim Abd Manaf via akuislam.com






PASTFUTURE
Srikandi Osem!

Ahlan wasahlan , semoga blog ini bermanfaat untuk anda :)
Chatime ~



Happenings ~
>> SPM 2015
date : 2015
at:8 am


>> Doakan kemenangan Islam!
date : 1/12/13
at: 2.30pm


>> PMR >.<"
date: 2/10/2013
at: 7.45 am

Tazkirah ~

  • Fitrah Manusia
  • Ya Habib Allah !
  • Perpisahan Itu Menyakitkan ..
  • Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
  • Salam Maulidur Rasul ~
  • Berzikirlah supaya anda sentiasa ingat dengan All...
  • Jangan Terpedaya CINTA!~
  • Fakta Masakan Ibu! =)
  • SABAR...REDHA...KUAT...TENANG...MENANGIS ^^
  • Bidadari Adam~

  • Thanks For Themm :)
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Zawanah
    Cute Image : weheartit